15 TEMPAT “WAJIB” UNTUK ANDA KUNJUNGI DI SABAH
Percutian di Sabah tidak akan bermakna tanpa anda berkunjung di tempat tempat ini
Tahukah bahawa, selain daripada gunung kinabalu, terdapat banyak lagi tempat yang boleh di kunjungi di Sekitar daerah Ranau?
Kali ini, admin himpunkan 15 tempat yang best dan WAJIB anda datang.
Sememangnya Desa Cattle Dairy Farm merupakan pusat pelancongan utama di Kundasang Ranau, Sabah. Lokasi tempat ini adalah lebih kurang 6 km dari Pekan Kundasang dengan melalui Jalan Cinta Mata Mesilou. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah melihat bagaimana pemprosesan susu lembu, memberi makanan kepada anak lembu dan kambing, melihat proses pemerahan susu lembu dan sebagainya. Anda juga boleh membeli susu lembu segar dan makan makanan atau produk berasaskan susu lembu di tempat ini. Selain itu, kawasan persekitaran yang mempersona dengan udara yang segar, nyaman dan sejuk menjadikan kawasan ini menjadi daya tarikan utama di Kundasang. Yuran masuk diperlukan bagi pelawat di pintu masuk utama. Biasanya, tempat ini amat sesak terutamanya pada waktu cuti sekolah.
Mungkin terdapat tempat menarik khasnya yang berhampiran dengan Pekan Kundasang yang disenaraikan diatas tidak begitu lengkap ataupun terdapat kesilapan mengenai informasi yang disampaikan. Atau mungkin juga anda ingin berkongsi tempat menarik yang lain atau apa-apa tambahan info mengenai tempat menarik di Kundasang Ranau khasnya.
(sumber : Info Santai)
2. War memorial park
Tempat ini memang tidak asing lagi terutamanya bagi penduduk setempat di Kundasang. Tempat ini merupakan tempat bersejarah dimana bagi memperingati jasa pahlawan yang terkorban semasa peperangan di suatu ketika dahulu. Kundasang War Memorial terletak di puncak bukit berdekatan dan sangat hampir dengan Pekan Kundasang. Anda hanya perlu berjalan kaki untuk mengunjungi tempat ini jika anda berada di sekitar Pekan Kundasang. Jangan lupa membawa kamera bersama-sama anda untuk mengabadikan gambar kenangan bersama keluar atau orang tersayang dan mungkin bersama-sama rakan-rakan anda. Tempat ini sememangnya cantik, dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan, tanda peringatan serta udara yang nyaman dan sejuk.
(Sumber : Info Santai)
Spa Ikan Tagal yang popular ini terletak lebih kurang 25Km dari pekan Ranau. Aktiviti menarik disini ialah merendam kaki dan memberi makan ikan pelian. Ikan-ikan tagal disini dilatih oleh orang kampung dengan membuat urutan dan mengigit sel-sel mati dari kulit. Dikatakan juga membuat spa urutan ikan ini dapat membantu melembutkan kulit dan masalah psoriasis.ikan tagal kundasang ranau sabah
Terdapat juga kedai cenderamata, gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman disini untuk mengisi perut yang lapar. Bagi yang belum pernah melalui jambatan gantung juga boleh merasainya disini. Tiket untuk merendam kaki adalah Rm5.00 untuk dewasa ( 13tahun keatas), Rm2.00 untuk kanak-kanak (6-12tahun). Tiket untuk berendam seluruh badan Rm10.00 untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Manakala, Tiket untuk pelancong luar negara merendam kaki Rm10.00 untuk dewasa, Rm6.00 untuk kanak-kanak. Dan berendam seluruh badan pula Rm25.00.
(Sumber : Cerita Kami)
Arnab Village Ranau yang diasaskan oleh tuan Jubair Juhinin juga merupakan salah satu tempat yang menarik bagi pencinta haiwan. Taman arnab ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari Pekan Kundasang iaitu terletak di perantaraan jalan Kundasang-Ranau.
Simpang masuk ke taman arnab ataupun arnab village adalah di Jalan Kibas Mohimboyon. Di tempat ini, anda boleh menyentuh, mengusap dan mendukung arnab tanpa masa yang ditetapkan.
Anda juga boleh memberikan makanan kepada arnab dengan syarat membeli makanan khas yang dijual di kaunter pendaftaran. Anda juga boleh menginap di kawasan ini kerana Arnab Village Kundasang juga menyediakan tempat penginapan berbentuk homestay dengan kadar harga yang sangat berpatutan
(sumber : Info Santai)
Canopy walk adalah faverot kedua pelancong terutamanya pelancongan dari europe. Ketinggian canopy melebihi 175 meter dan mempunyai lebar 41-43 meter. Lebih kurang tinggi 8 tingkat bangunan juga tu.
Masa : 9am – 4pm harian
Harga masuk: warganegara RM3, pelancong RM5,
Harga camera : RM5
So jumlah dia lebih kurang RM8-10 la kalau korang mahu ke canopy walk ni. Selepas kamu sdh tunjukkan tiket di kaunter. Korang kena mendaki 550 meter untuk sampai di canopy walk tu. lebih kurang 30 minit juga sampai. Just relax and steady. Dalam perjalanan kamu akan kenal bermacam macam jenis kehidupan flaura dan fauna.
6. Pasar sayur kundasang
Sebut tentang sayur, sudah tentu terbayang di ruang mata rupa bentuk pelbagai sayuran dari yang berdaun hijau seperti sawi sehinggalah sayuran bentuk buah seperti labu dan sebagainya. Singgah di Gerai Sayur Kundasang, pasti teruja melihat pelbagai jenis sayur, dan ada kalanya dalam sebuah gerai sayur, terdapat aneka jenis buah, termasuk buah tempatan dan juga buah-buah luar negara seperti anggur, epal dan sebagainya.
25 tahun lalu, suasana di gerai sayur Kundasang tidaklah begini meriah dengan pelbagai sayuran, buah, beras huma, madu, pelbagai jenis jeruk seperti jeruk tuhau dan jeruk bambangan serta bunga-bungaan.
Korang boleh membeli sayur segar sebelum balik ke homestay untuk makan malam.
Rumah terbalik ini telah menjadi tempat menarik di Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa selama 30 minit.
Bagi pelancong yang ingin ke Kundasang, rumah terbalik ini harus dilawati kerana berada di tepi jalan ke Kundasang. Kedudukannya yang strategik memudahkan para pelancong untuk datang ke sini. Sudah pasti pengalaman baharu akan anda perolehi apabila berada di sini.
Keunikan dan menariknya Rumah Terbalik Tamparuli ini adalah semua yang ada di dalam rumah adalah di susun secara terbalik, dapur terbalik, katil, television, kereta, pasu bunga pun tergantung dengan terbalik. Aktiviti terbaru di sini terdapat 3D Museum dengan pelbagai latar belakang yang cantik dan nampak real bila anda bergambar.
Di tempat lain sukar untuk anda melihat semua benda berada dalam keadaan terbalik. Datanglah ke sini bagi melihat sendiri keunikkan susun atur rumah yang pasti mengujakan anda
Harga Tiket warganegara : dewasa RM12 , kanak kanak RM6
Harga tiket pelancong luar : dewasa RM18, kanak kanak RM6
Sumber info : tempatmenarik.my
Mahu merasai pekan koboi. Jadi inilah tempatnya yang terletak di sabandar tuaran. Anda boleh merasai pengalaman menaiki kuda, makan di restoran bambu dengan bunyi ketenangan dalam hutan, melihat kenderaan kenderaan yang unit, memberi peluang makan kuda,
9. Timpohon gate
Timpohon gate ni adalah gate permulaan untuk mendaki gunung kinabalu tidak silap saya. Tempat ni memang sejuk dan segar. Selain tu Korang berpeluang mengambil pengalaman memberikan tupai yang jinak.
Tiket masuk ke kinabalu park RM5. Jadi anda terus ke timpohon gate lebih kurang 15-20 minit kalau drive.
10. Jambatan tamparuli
Pasti ramai pernah mendengar kemerduan lagu berjudul Jambatan Tamparuli dalam bahasa Dusun yang dipopularkan oleh penyanyi tempatan Sabah, John Lusah, pada tahun 80an dahulu.Dan kerana kemerduan dan popularnya lagu Jambatan Tamparuli, cukup untuk memperkenalkan daerah Tamparuli ke seluruh Malaysia.
Anda akan tahu bagaimana sejarahnya tercipta jambatan tamparuli ini. Anda juga akan merasai menaiki jambatan yang seolah olah menaiki bot. Rasa gayat dan mual bagi yang tak biasa .
11. Masjid terapung
Masjid bandaraya kota kinabalu merupakan masjid terapung di atas air. Masjid ini mempunyai keunikan yang tersendiri dengan senibina yang luar biasa.
Pelancong dari china dan korea suka datang melihat seni bina dan keunikan masjid ini. Pelancong ini juga berpeluang berpakaian seperti seorang islam dan masuk kedalam masjid. Baju tersebut disewa lebih kurang RM5.
12. Bangunan yayasan sabah
Bangunan yayasan sabah juga dikenali sebagai bangunan silinder dengan bentuknya yang silinder. Ada juga yang menggelarkan bangunan bateri. Tidak silap admin Inilah bangunan silinder yang tertinggi di Malaysia.
Pelancong akan ambil gambar yang unik di bangunan ini. Ada yang ambil seolah olah sedang memegang bangunan. Dan macam2 lagi.
13. Pasar pilipin
Mesti ramai yang dah tahu tempat ni kan? Tempat ni memang fames di kalangan pelancong pelancong terutama dari semenanjung.
Anda wajib datang sekiranya bercuti ke Kota Kinabalu Sabah. Pasar ini bukan seperti pasaraya besar tetapi banyak menjual hasil keluaran tempatan. Pasar ini telah menjadi tempat menarik di Kota Kinabalu Sabah.
Anda jangan hairan sekiranya rata-rata penjual di sini berbangsa filipin. Ianya seperti anda berada di Manila. Jadi teruuskan membeli belah di sini tanpa perlu berasa takut. Di sini anda boleh dapat barangan kraftangan, perhiasan, hasil laut dan juga buah-buahan.
Paling laris di sini ialah mutiara. Disini terdapat mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang. Selain itu, anda juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang. Sangat sesuai dijadikan buah tangan untuk di bawa pulang.
Ramai pelancong datang ke sini juga membeli hasil laut seperti ikan bilis, sotong kering dan makanan tempatan. Pada sebelah petang pula terdapat gerai-gerai yang menjual makanan laut. Anda boleh memilih makanan laut seperti udang, ketam, ikan dan banyak lagi. Harga disini murah dan anda perlu tawar menawar.
14. Pasar todak seafood
Tiada makanan lain yang menjadi sebutan di Sabah jika bukan makanan laut. Oleh itu, makan malam anda pasti lebih puas di Todak waterfront. Pilih saja gerai yang anda mahu. Lokasi ini sebaris dengan pasar filipin. Cuma terus kena ke depan sedikit.
Kawasan ini memang meriah dan aktif pada waktu malam. Bagi sesiapa yang tercari cari seafood yang fresh lagi murah berbanding di restoran. Disinilah tempatnya. Jangan lupa untuk cuba lobster, udang, ikan merah, seaweed, ketam, latok dan sambal belacan. Pasti mengaum
15. Sapi island and manukan island
Pulau yang wajib anda kunjungi kalau datang ke Sabah. Pulau ini sebenarnya termasuk dalam taman laut Tunku Abdul Rahman. Jadi kalau anda mahu ke sini, anda juga sebenarnya boleh ke pulau lain (macam Manukan/Mamutik).
Tapi kalau Manukan terkenal sebab pemandangan, tempat ini pula terkenal sebab banyak ikan. Jadi kalau nak ber snorkelling tepi pantai memang seronok. Banyak ikan!
Cumanya datang awal & pada hari biasa. Sebab pulau ini kecil dan selalu penuh dengan pelancong.
wow! Inilah 15 tempat yang mesti anda kunjungi jika berkunjung ke Sabah.
Tag dan share kepada rakan rakan korang.
Iklan : jika korang memerlukan perkhidmatan kereta sewa. Admin rekomen gunakan khidmat abdul afiq wasap.my/60172220447/sharing